BURUJ (NUR AMIRA BALQIS)

 PENGENALAN BURUJ

Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit pada waktu malam.Tetapi sebenarnya corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita melihatnya dari bumi.Secara semula jadinya,corak tersebut tidak wujud di ruang amgkasa.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

{Kenali Buruj}


#Buruj Belantik ialah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam.Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.Buruj Belantik muncul di langit pada waktu malam di antara hemisfera utara dan selatan.



#Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasti di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.Ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun terbentuk corak seperti layang-layang.



#Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang.Buruj ini membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya.Biduk muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.



#Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.
Buruj Skorpio muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.


                   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
       < info>
         Buruj Biduk sebenarnya merupakan sebahagian daripada buruj yang lebih besar 
                iaitu Ursa Major yang bercorak seperti seekor beruang besar.
                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

{Kegunaan Buruj}


~TAMAT~


Ulasan